Jumaat, 11 Februari 2011

MEE Hailam/Bandung (tak kesah la)

Huh lama betol tak catit kat blog nie.. em nak kongsi rasepi nie.

Bahan2 nyer

1. mee kuning
2. aneka sayur (sawi,lobak n kobis)
3. Ayam (kalo ada udang n daging lg sedap)
4. kicap pekat, sos cili, sos tomato
5. tepung jagung (nak bagi pekat kuah)
6. 1 ketul kiub ayam (kiub soup tu)

Cara2 nyer..







TADAAAAAAA   nie la hasinyer..... hiasan dia tu nanie letak Tahu goreng (goreng bagi garing) pastu tabur je kat atas tu ngan daun Sup (bg wangi) heheheh. ERMMMM rasanya BOLEH TAHAN la...sapa2 nak cuba sila la...


Isnin, 7 Februari 2011

Sifat Lahir Bulan FEBRUARI

Sifat Bulan Lahir untuk bulan Febuari ialah:
 
Berfikiran abstrak.
Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
Bijak dan pintar
Berpewatakan yang mudah berubah.
Mudah menawan orang lain.
Agak pendiam.
Pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pada segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong.
Mudah memberontak apabila dikongkong.
Suka kegiatan yang lasak.
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
Mudah mempamerkan marahnya.
Tidak suka benda yang remeh-temeh.
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yang tajam.
Suka hiburan dan sukan.
Suka benda yang bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emosi.

Cerita Lawak Pak Pandir

pagi2 isnin nie terasa plak nak buka n cari2 cerita lawak kat internet. nie la yang aku ske baca.. copy paste jer.

cerita 1
Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia tu masih ‘kompius’ sama ada bende yang dia jumpe tu adalah seketul taik atau tidak. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata “Bentuk macam taik.” Lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata, “Lembik macam taik.” Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. Lepas tu dia berkata, “Bau macam taik.” Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit…

“MEMANG SAH TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!”

cerita 2

Al-kisah pada suatu hari, Pak Pandir keluar ke bandar bersama Mak
Andeh untuk membeli sebuah kereta. Anaknya tidak dibawa kerana
bimbang penjual kereta tidak mahu menjualkan kereta kepadanya kerana
dia sudah mempunyai anak.

"Isteriku Andeh, rasa-rasa orang tu mahu tak jual kereta pada
kita?" kata Pak Pandir.

"Kenapa abang tanya macam tu?" balas Mak Andeh.

"Yelah, manalah tahu, dia ingat saya tak mampu nak bayar sebab saya
kena bagi awak dan anak kita makan...takut tak cukup duit..." jawab
Pak Pandir.

Maka mereka pun tiba di tempat penjualan kereta...

"Saya mahu beli yang ini" kata Pak Pandir sambil menuding jari ke
arah kereta Proton Waja berwarna silver.

Setelah membayar wang pendahuluan, Pak Pandir memandu kereta itu
pulang. Dalam hati Pak Pandir sudah berkira-kira untuk menunjuk-
nunjuk kereta itu di hadapan Pak Kadok. Tapi, tak sampai satu jam,
Pak Pandir datang semula ke kedai kereta tadi dengan muka merah
padam.

"Apa ni Encik, jual kereta dah rosak!" si penjual kereta berasa
sangat hairan.

"Cuba Encik tengok lampu tepi ni, asal saya nak belok, tak pernah
elok, asyik berkelip-kelip je!"

cerita 3
Pak Pandir dan Ikan Keli

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...

Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.
Mak Andih: ???

apa2 la kan... bler la pak pandir nie nak pandai.. hehehe