Selasa, 29 Mei 2012

Angelika -Tanya Pada Siapa

fes time dengar lagu nie memang best rentak dia. lagu nie nie sama ngan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. ok Jom Layan lagu nie



Khamis, 24 Mei 2012

Himpunan Hari Belia



Ha korang tau x hari belia dah start semalam??? kalo tahu ok la kan. semalam aku dah meronda2 ngan member aku la g sana sini. pergi pon sbb nak ambik beg2 tuutttttt hehehehehhe


ha tengok kat tangan tu... itu jer yang perlu ambik kat sana tau.. hahahahahhaa apa2 pon penat g bli minuman tu.. mai ai.. mentang2 karnival mcm nie.. air tu harga RM2 kot. huhuhu cekik darah bak kata kak zaiha.


nie boleh kata kita punya pengawas jer.. salah sorang yang rajin teman kuntuman bunga kemana sahaja.. nie semangat nak naik trem (betol ker aku eja nie).


lama sangat tunggu so jalan kaki jelah..tgk tu barang yang diambil kat sana... nasib baik bukan borong MEGA SALE.. kalo x.. poket kering la..


bergegas pulang kerana jam hampir pkol 2.. kene masuk opis weh takut bos carik!!! nasib baik dekat. ok la tu je.. orang ramai dijemput hadir yer kat putrajaya sempena menyambut hari belia. JOM!!!!!

Rabu, 16 Mei 2012

Perwatakan Melalui Warna

Assalamualaikum..  tadi g la google2. then terjumpa yang agak menarik la bagi cik nanie. semua orang ada warna feveret kan???? huhuh cik nanie ske warna biru. ok tak nak citer panjang. kat sini ada warna yang menunjukkan perwatakan seorang wanita;

MERAH
- berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang

BIRU
-setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas

HIJAU
- Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hinggga kadang-kadang seakan kolot

HITAM
-suka menyendiri, perihatin, kuat mengahdapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung

COKELAT
-kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan-santun, halus, budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah

UNGU
-pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap

KELABU
-suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka berkorban peranan, cerdas dan bijak

KUNING
-menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cebaran

PUTIH
-Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah diri, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hisup bertawakkal

sumber : 1001 RAHSIA DIRI

Khamis, 3 Mei 2012

biler Tren Stuck

meh sini Chiks Narniey nak story.. huhuhu semalamkan hujan lebat dari awal tengah hari until sampai aku balik keje. aku macam biasa la biler balik umah naik ERL pstu turun kat Bandar Tasik Selatan (BTS) then ambik LRT Star menuju ke Ampang..Korang tahu apa jadi???

LRT Star tergendala sbb laluan dia dh kene banjir.. PEERRGGGHHHH mati kutu aku dibuatnya. satu2nya kenderaan yang pergi ke Ampang tu. Aku call la abg aku mna tahu la dia boleh ambik aku kat sana.. rupa2nya Haramm hanya tinggal harapan jer. dia ada keje n nak g ke KLANG ambik barang. adoi!!! nasib la.

Apa perasaan korang kalo korang terdengar " Maaf, tren tergendala buat masa ini, sila gunakan alternatif yang lain untuk menuju destinasi anda".. sedihnya ble mendengar. aku tgk orang kat star tu makin kurang jer. apa lagi aku pikir la nak naik apa? pergi mana?? harus ker?? hahahaha..

so aku tgk la nak naik bas, jem plak n mesti sangkut kat pudu. emm xda cara lain la, aku pi naik KTM (Kereta Api Tanah Melayu) untuk ker KL SENTRAL xsalah aku la dalam 4 stesen kot. pastu sampai la kat sana. aku pi ambik LRT PUTRA (tren ni lalu kat bawah tanah n atas jer) heheh aku turun kat AMPANG PARK (shopping yang dh lama) hehehe untuk naik bas ke ampang.

nasib la laluan ke bandar tun razak n bulatan kg pandan jer yang jem. ke Ampang??? tidak yer.. huhu tapi bas punyalah penuh seh macam IKAN SARDIN kene sumbat padat2. hahahh. tapi apa-apa pon nasib la aku dapat bas yang xbape ramai n dapat duduk. kalo tidak penat seh.. berdiri kot sepanjang naik tren. hehee pastu aga2 dalam pkol 8 kot aku sampai umah. yang paling syok mak aku dah stanbykan makanan untuk aku. yyyeeeeyyy seronok.. walaupon pening n tension pasal balik keje tadi.

Kesimpulannya, gunalah kenderaan awam untuk memudahkan perjalanan anda.. hahahah sengal jerk.!! pastu cuci mata sekali.