Rabu, 30 Mac 2011

FRENZYfm/lepak

haaaa.... mesti pelikkan bunyi dia. ni ha nak bagi tahu, frenzyfm nie dh nak sama ngan FB, Friendster, n myspace. leh kata leh komen, chatting n mcm2 la.. pastu macam senang sangat. nie aku dapat tahu pon dari kawan2.. heheh

sejak FB dh kene sekat n hanya waktu rehat sahaja yang boleh buka so kene la cari alternatif yang lain betol tak untuk mengelakkan keboringan. kalo ada keje buat la keje dulu.. pas siap baru buka.. (mcm tipu jer) hehehe




contoh macam atas nie.. ni kat profile aku. heheheh baru buat jer. tak nampak lawo lagi.




ok kan.. senang skit.. paling best sebab ada radio n kita boelh masukkan lagu2.. macam myspace. benda ni senang n tak peningkan kepala.
kalo nak sila la layari n sign up kat : http://www.frenzyfm.my/lepak

Selasa, 29 Mac 2011

hentian Puduraya

seperti hari-hari yang lain.. aku balik keje mesti kene turun kat puduraya.. pastu aku time nak lintas plak tu aku boleh plak terpandang tempat HENTIAN PUDURAYA.. WAAAhhhhh Cantik GILERZ heheehhe..
nie gambar sebelum puduraya bertukar wajah.. cecececech.. hehehh.
nie nak cerita sikit sejarah HENTIAN PUDURAYA nie.. ditubuhkan pada 2.10.1976 (cari kat google).. dan dirasmikan oleh Allahyarham Dato' Hussein Onn iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia. Bayangkan lah dah 34 tahun 5 bulan.. lama sungguh. memang patot pon kene ubahsuai demi keselamatan.




pastu kene la tutup kan kalau nak ubahsuai betol tak... so dah terang-terang tutup untuk sementara waktu pada 12 April 2010






nie la HENTIAN PUDURAYA yang akan dibuka.. Belom tahu lagi.. gambar nie aku ambik semalam. CANTIK TAK?? kalo tengok dari luar memang cantik dan dari dalam pon cantik semua baru. yang paling best pulak tu.. kat bahagian depan ada escalator plak. memang senang la.
Hmmm mcm mana la keadannya bila time dah buka yerk?? mesti ramai n makin sesak la kat pudu tu.. huhuhuhu. xpe demi kemajuan dan permodenan untuk negara kita juga..

Rabu, 16 Mac 2011

KuRsuS KaT MoriB

erm... hari nie dah nak pergi kursus lak selama 3 hari.. tapi kalo kira2 balik tak la sampai 3 hari. gerak pergi sana dalam pukol 12.00 kot (itu pon kalo gerak awal).
Tahun nie la FIRST g Kursus kat luar kat Hotel Impiana MoriB. cantik ker? mcm EXCITED jer. tapi hopefully tak la boring yer.. huhuhu
nie kot Pintu depan Hotel tu.. huhuhu




nie plak keseluruhan kot (sumber nie dari google jer) heheh try godek2 tengok hotel tu macam mana. heheheh

Aku bawak 2 beg jer. tak la banyak mana pon coz kene pakai pakaian pejabat dan tiada aktiviti sukan. rasa-rasanyer ramai orang kot sebab sekarang kan time budak sekolah ngah cuti. SCHOOL HOLIDAY katakan.

Sebelom meninggalkan OFFICE selama 5 hari (termasuk sabtu dan ahad), teringin la pulok nak cuci ikan coz ikan dlm aquarium tu dah kotor sangat.



nie dia ikan yang aku bela kat opis MY LOVELY GUPPY SSs... hehe dah bagi makan n pastu dia kena puasa plak sebab tak ada orang nak bagi makanan. harap2 ada la..
OK la.. nak settlekan kerja dulu sebelum  berangkat pergi.. ngeh ngeh ngeh

Selasa, 15 Mac 2011

Air Mati (putus bekalan air)

Isnin 14 Mac 2011 - Flat Lembah Jaya Utara, Ampang telah mengalami putus bekalan air... (heheh mcm berita plak). emm semalam tahu2 jer dah xda air.. mcm mana aku nak MANDI nie.so sampai malam la aku tak mandi.. tapi nasib baik adik aku bijak pandai n dia cadangkan cuba ambik air kat paip bomba.. biasala umah flat katakan.. nak ambik kat bwh kene pakai PLAYAR  la plak nk buka. so g je hujung tingkat hujung umah aku tu ada  air.

So apa Lagi... lllllaaaaaarrrriiiiii g ambik baldi angkut air tu. bukan apa badan dah naik GATAL sebab xmandi. mana leh tahan muka pon penuh ngan mekap so tak elok nak biarkan muka tu nnti BERKARAT la plak. pastu tak SECANTIK, SEGEBUUSS dan SeLICIN plak.. (AIISHHH poyo tol aku nie.. perasan). so malam tu aku mandi tau. Malam tu aku berharap agar ada air untuk esok pagi.

Memang MALANG sungguh nasib aku.. ERMMM nasib baik aku bangun awal skit dari hari biasa. Air XDA LAGI. emmmm mcm mana nak g keje nie. Kalo ikutkan hati nak je EL ( alasan sbb umah xda air nk mandi utk g keje) tapi oleh kerana SEMANGAT yang kuat. aku g angkut air tu dan aku..





sedap la mandi macam biasa... lupa nak bagi tahu kat adik Beradik kalo nak mandi kene angkut sendiri.. air kat bilik air tu cukop2 untuk jirus AIR KENCING je.. sapa2 yang nak BERAK plak pandai2 la ye.. HOPEFULLY ble balik nnti ada air. Amin!!!!

Khamis, 3 Mac 2011

Seram Kot

Hmmm semalam adikku bercerita kepadaku.. dia terpaksa OT kat shah Alam untuk memasang baju kat setiap anak patung kat tempat keje. erm time tu setiap tingkat mesti ada seorang untuk buat baju utk patung. keje nie di lakukan pada waktu mlm slps kedai tu tutup. dia cerita dia terlupa untuk pakai earphone utk dengar lagu2 mgkin time tu dia berani skit kot. heheheh pastu di terasa ada orang berjalan kat eskelator tu. pastu di buat muka selamber je.. tapi dia ajak kawan dia sorang utk teman dia (kata berani hhehe). pastu pas buat2 utk semua baju tu, dia ternampak sekilas orng ngah lalu kat sebelah dalam keadaan laju. kawan dia pon nmpak. then adikku bertanya :

adik : ko nmpak tak apa yang aku nampak tadi ??
kawan : nmpak.. alah tapi buat tak tahu jer.. (padahal dh cuak gler)
adik : apasal tangan ko terketar2 sampai jarum peniti yang ko pegang tu dh nak berterabur?
kawan : ermmmmm.... CCCAAAAAbbbboootttttt..

pastu adikku pon cabot lari la n pergi kat mat bangla (cleaner) yang ngah mop lantai gne mesin tu.

cleaner : apasal you lari?
adik : you tak dengar ker eskelator tu bergerak??
cleaner : Apa nak takut.. saya sudah lama kerja kat sni, kadang2 saya dengar orang berjalan naik tangga tu, tangga tu bergerak sendiri n mcm2 la.. tapi kita kene igt la. You Islam n I pon Islam so baca doa sudah.
adik : hohohoho.. ok

lepas tu adikku pon teros buat cepat2 utk siapkan kerja tu. then balik kat hostel. time tu dia cerita malam tu dia tak boleh tido n dapat tido pon dalam pkol 3.30 pagi baru lena.. hahah

Selasa, 1 Mac 2011

Puisi : Selalu ada

Puisi ini aku ambik kat berita harian, ble baca macam best la plak. so aku nak share la ngan korunk sume nie. lupa la plak, nama penulis puisi ni Ila Denies from bandar baru ampang (dh nak dekat ngan umah aku) heheheh.. Puisinya berbunyi begini ye kawan2 :

Saat malam tak lagi berbicara
Aku ternanti-nanti satu bicara
yang akan menghiburku
menghapus segala sedih
saat aku tak kuat
aku ternanti-nanti
tangan yang akan menopangku
menahan aku dari jatuh

Saat air mataku mengalir
aku rinduka seseorang
yang akan mengusap pipiku
kerana tidak rela air mataku terus mengalir
ketika saat segala-galanya hilang
aku ternanti-nanti seseorang
yang akan membuatku aku rasa dipenuhi

Aku tahu kerana Dia
semua iti dipenuhi
dan sentiasa akan terjadi
kerana setiap saat bicara-Nya ada untukku
kerana setiap saat tangan-Nya ada untukku
kerana setiap saat aku dalam ingatan-Nya
kerana setiap saat Dia selalu ada untukku