Isnin, 31 Disember 2012

Hrrgggghhh Isnin 2012

Assalamulaikum... hari nie merupakan hari isnin iaitu hari last untuk tahun 2012. pada mulanya aku nak cuti tapi rasa macam sayang plak nak pakai cuti tu. so aku dengan gagahkan diri bangun pagi nie untuk g keje ye. HUrrrggggghhhhh Malas.... bos ada x?? leh menular tak?? kuikuikui

ok malam nie, korang nak countdown ngan sapa? ngan family k? ngan member? ngan pasangan k?. pastu korang nak g mana?? seperti tahun sebelum nie banyak tempat buat countdown. ok xsalah aku kat Dataran Merdeka hari nie ada sambutan Rumah Terbuka Perayaan Krismas pastu malam Countdown la. so sempat la makan2 kuikuikui. pastu aku dengar kat radio plak kata kat ICT, Shah Alam @ dikenali Bandar Cahaya tu buat jugak secara besar-besaran. Mesti Gempak Giler!!!!!!!!!! tapi jem pon memang Gempak gler.

Apa-apa pon aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 2013. umur meningkat lagi wei. azam aku tahun nie ada lah sikit yang termakbul. selebihnya kene usaha keras dan masih dalam proses. Azam korang??? hehehehheeh jom layan lirik lagu nie.

"The Final Countdown"

We're leaving together,
But still it's farewell
And maybe we'll come back,
To earth, who can tell ?
I guess there is no one to blame
We're leaving ground
Will things ever be the same again?

It's the final countdown...

We're heading for Venus and still we stand tall
Cause maybe they've seen us and welcome us all
With so many light years to go and things to be found
I'm sure that we'll all miss her so. 

Jumaat, 28 Disember 2012

Kawen Tema Purple

Assalamualikum... wah hujung tahun katakan ramai orang kawen. termasuklah kawan aku sejak tecik lagi tau Farina namanya. sama baya, sama sekolah tadika, sama sekolah rendah dan menengah cme pastu dia pindah n skolah pon lain-lain. kihkihkih





nie jer sempat aku ambik gambar dia sebab aku lambat datang huhuhuhu... dia nampak chubby sikit coz dia kurus sengat n mak dia pakse untuk makan lebih.  apa-apa pon tahniah la yer semoga kawanku ini bahagian hingga ke akhir hayat... AMIN

Khamis, 27 Disember 2012

Uchop Juara!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum.... selamat pagi semua. semalam sapa tengok citer vokal bukan sekadar rupa 2 final semalam?? sila angkat kaki!!! heheheheh aku memang suka la ngan vokal lelaki nie, muka tak berapa tapi vokal dia perrrgghhhhh rock seh. semalam dia berlawan ngan mar. bagi aku mar macam biasa jew..



nie uchop masa mula2.. giler betol rambut dia. xhensem hehehehe tapi sore mantap!!!!!! Thumb Up!


ok nie pas dia dah potong rambut. ok n nampak kemas la. Apa-apa pon tahniah la ek menang duit RM100,000.00 oowwwww..

semalam aku pening nak tengok cter apa. banyak sangat cter best semalam. korang bayangkan sekejap tengok tv3 nie sekejap tengok tv 106 tajuk pasal Ayah (aku kalo bab sensitif memang lencun habis ar) pastu tv 108 cter hindustan pon best jugak. setiap iklan jer aku tukar. semalam aku la raja yang pegang remote tv tu hahahahahhahahahahhahahahhahaha so masing2 kat umah tu tengok n sabar je.

Khamis, 20 Disember 2012

Annual Dinner Moneyfesto - Merah Hitam

Asalamualaikum.. semalam kat opis ada buat la annual dinner untuk Ahli moneyfesto merangkap hari keluarga kot yang simple dan sempoi. mengenakan tema merah dan hitam. jom layan gambar2 yang sedang2 saja..


apa-apa hal pon tuan tanah punya blog kene letak gambar dulu hahahahah. aku ngan kak zaiha.. so simpel red n black



ok nie sebahagian member tempat keje den nie ha... cantik jugak tema nie yer.


disamping tu jugak kita orang meraikan untuk en. azmi kerana beliau akan bersara hujung bulan nie.. huhuhu besar hadianya n berat tau masa nak balut.


 tu dia baju paling vouge sekali. hahah kelip kelip kelip kelip sakit mata mak nyah.. hahahahaha simple tapi menyerlah!!!!!!!!!!!! tahniah


aku suker tengok meja nie.. dalam banyak2 meja, meja nie jelah betol2 ikut tema warna merah dan hitam. cayalaah khas untuk keluarga kak timah dan kak zaiha.. heheheh


tengok budak nie comel . time ambik gambar nie lah dia buat muka sengal mia. hahahaha


eh gambar aku lagi.. tapi ngan orang lain plak. thanks to dayan coz bagi tumpang umah untuk diri ini beradu pada malam tersebut. nak ulang alik memang jauh ar...
 

nie lah hadiah yang aku dapat malam tu. ada no 28 tu hasil tukar2 hadiah. kalo yang bunga2 tu hadiah khas untuk ahli kelab moneyfesto je. n doorgift tu untuk bebudak sebenarnya tapi aku rembat gak sebab banyak jajan. ok doorgift tu aku yang buat. design kertas tu pon sama edit edit dan edit. heheh


tu dia hadiah dalam kotak hitam tu... hmmmmm


kila ngan dayan dok syok menyanyi lagu dangdut " secangkir madu merah kot" hahahhaha siap bergoyang badan lagi si kila nie. tapi tak dont worry time nie pas smua dah balik. aku pon nyanyi jugak tapi xda sapa nak ambik gak hahahahaa


time nie sesi rebut sula-gula untuk kanak-kanak. fun gler. kelakar dok nengok bebudak nie rebut gula-gula..


nie plak sesi mewarna ikut kategori umur.. haih macam2 la peel budak2 sekarang nie..tapi apa-apa pon bagus yer anak2.

aku rasa tahun nie agak meriah la berbanding tahun sebelumnya.. makanan pon sedap. harap-harap tahun depan jadi la family day tu yer.. eerrrmm

Mengidam ah!!!

Assalamualaikum.. salam hari khamis. uol dah sarapan ker?? hmmm tajuk pagi nie mengidam macam orang mengandung lak kan. kuikui.. tetiber jer diri ini nak makan something ler.


nah ini dia.... HAILAM HAILAM HAILAM. ada satu kisah ler pasal makanan nie time aku order. aku mintak kueh teow hailam tapi dia bagi mihun hailam. emm korang tahukan kalo gune mihun macam mana. kompem ar dia serap kuah tu. dah la kuah dia tu PERRRRRGGGGHHHH sedap wei. tapi sebenarnya memang sedap gak makan ngan mihun.

Aku jatuh cinta ngan kedai nie. kedai nie kat Kampung Pandan, KL ok terkenal ngan Restoran Batu (sebab meja n kerusi guna batu) dekat2 ngan Klinik Kerajaan Kampung Pandan. cuba korang teka baper harganya???? teka la.. Hmmmm RM 3.50 jer wei!!!!!!!!!!!!!! murahkan.. kat situ memang banyak kedai makan murah2 pastu makanan yang dia letak tu banyak gler, nie pon boleh makan 2 orang tau. mana taknya kalo mee goreng yang dia masak tu aku rasa guna separuh mee yang bungkus RM1.00 tu ko. eh... eh macam promote jer aku nie. huhuhu apa-apa pon korang cuba la ea.

Selasa, 18 Disember 2012

Bestnya Selasa

Assalamualaikum.. sedar tak sedar dah hari selasa kan kawan2. hari nie happy sikit la dari sebelumnya kerana hari nie:

Yeeeaaaaahhhhhh!!!!!!!!!!! gaji dah masok ko. hampir sebulan lebih ko gaji lambat sikit. sempot mak asyik do korek duit jer. mana taknya nak bayar tambang bas la, topup hp la, topup touch n go la n bla bla bla... Alhamdulillah syukur rezeki mu Ya Allah.

Hari nie jugak ada pasar tani. so ble dah ada duit nie syok sikit cuci mata mana tahu ada yang berkenaan dihati. Yelah esok malam kat opis ada buat Majlis Makan Malam ko pastu tema plak warna hitam merah. macam tema gengster or Drakula jew. heheheheheh. Apa-apa pon kene ikut tema ye..

Jumaat, 14 Disember 2012

Jumaat Sudah...

Assalamualaikum... salam jumaat. wah ceptnyer dah jumaat kan. sebenranya takde banyak bende pon nak citer. korang dah sarapan belom?? pagi jumaat yang indah ini aku hanya sarapan ini saja


ini jer katakan.. huhuhu, tapi aku hanya makan roti ngan coklat tu jer. aku bukan xnak makan mee or apa2 la tapi aku nak habiskan stok makanan untuk minggu nie. risau gak roti tu expired plak.

ok nie jelah pot pet pot pet aku kan.. huhuhu walaupun sarapan benda ni, aku bersyukur atas rezekimu ya Allah dan membuatkan hambu nie tidak kelaparan. Amin..

Khamis, 13 Disember 2012

12.12.12

Assalamualaikum... heheh baru nak post tarikh nie, cantikkan tarikh nie. mesti ramai gler yang ambik tarikh nie kan contohnya untuk tarikh nikah la, bersalin nak anak tarikh nie la. apa2 jelah. meh sini aku kongsikan keajaiban 12 (aku google jer)

Berada pada bulan Desember, selalu teringat dengan angka 12 yang berarti kita sekarang berada di penghujung tahun. Sistem kalender purba hingga modern hampir sebagian besar menetapkan jumlah bulan dalam setahun ada 12. Banyak makna dan peristiwa penting yang bisa dikaitkan dengan angka 12 ini, bukan hanya sistem penanggalan kalender.

Nama-nama bulan yang dikenal dunia modern sekarang berasal dari kalender Gregorian. Ke-12 nama bulan tersebut dalam bahasa Indonesia adalah Januari, Februari, Maret, April, Mei, Juni, Juli, Agustus, September, Oktober, Nopember dan Desember.

Dalam kalender Suku Maya disebutkan kalau kiamat akan terjadi pada bulan ke-12 tahun 2012.

Dalam kalender Hijriyah (Islam) juga dikenal dengan 12 nama bulan yaitu Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jumadil Awal, Jumadil Akhir, Rajab, Syaban, Ramadhan, Syawal, Dzulkaidah dan Dzulhijjah.

Dalam tradisi Israel dikenal dengan 12 suku Israel yaitu Ruben, Simeon, Lawi, Yehuda, Zebulon, Isakhar, Dan, Gad, Asyer, Naftali, Yusuf, Benyamin. Ke-12 suku ini kemudian berdiaspora ke luar tanah Kanaan. Selain itu dalam literatur agama juga dikenal dengan 12 Murid Yesus (Nabi Isa AS) yaitu Petrus, Andreas, Yakobus Besar, Yakobus Kecil, Yohanes, Filipus, Bartolomeus, Matius, Thomas, Tadeus, Simon dan Yudas Iskariot. Dalam Islam istilah 12 sahabat Isa dikenal dengan nama Hawariyun. Dan ternyata Nabi Musa juga punya 12 sahabat sejati yang dikenal dengan sebutan Asbat.

Bagi umat Islam angka 12 juga punya nilai historis yang penting karena Nabi Muhammad dilahirkan pada tanggal 12 Rabiul Awal. Dalam Quran kitab suci yang dibawa Nabi Muhammad surah ke-12 adalah Surah Yusuf. Yusuf atau Yosef (bhs. Ibrani) Merupakan salah satu nabi Bani Israel yang diceritakan memiliki wajah yang tampan.

Angka 12 bagi orang China yaitu 12 shio yang tiap shionya punya makna dan filosofi yang berbeda, ke-12 shio itu adalah Tikus, Sapi, Harimau, Kelinci, Naga, Ular, Kuda, Domba, Monyet, Ayam, Anjing dan Babi Hutan.

Sedangkan dalam astrologi Yunani angka-12 berarti 12 Zodiak yaitu Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagitarius, Capricornus, Aquarius, dan Pisces. Zodiak sendiri dipercaya berasal dari peradaban lembah sungai Eufrat di Mesopotamia dan berkembang di kebudayaan Yunani.

Jangan lupakan di tubuh Manusia dalam sistem pencernaannya ada yang dinamai dengan usus dua belas jari, fungsi usus ini menyalurkan makanan ke usus halus. Dinding usus 12 jari tersusun atas lapisan-lapisan sel yang yang sangat tipis yang membentuk mukosa otot.

Di beberapa negara yang percaya angka 13 sebagai angka sial, nomor lift di negara tersebut biasanya lompat dari angka 12 ke angka 14 atau nomor 13 diganti dengan nomor 12a.

Rupanya angka 12 telah membawa kita melanglang buana ke penjuru dunia dari zaman purba hingga zaman millenium, saatnya kembali ke negeri kita sendiri. Angka 12 juga terdapat dalam sastra Melayu yaitu Gurindam 12. Gurindam 12 merupakan karya sastra Raja Ali Haji, seorang sastrawan Melayu keturunan Luwu di Sulsel. Ada yang menyebut Gurindam 12 merupakan cikal bakal bahasa Indonesia.
 Sumber : Google

pasni susah nak dapat tarikh yang cantik agi kan?? korang rasa?? 13.13.13 (mana ada bulan 13), 20.20.20 (pon xda bln 20 kan) renung2kan dan fikir2 kan heheheheh. ADIOS!!!!!!!!!

Khamis, 6 Disember 2012

MAHA 2012, Maeps serdang

Assalamualikum... jumaat lepas aku ada g MAHA kat serdang. masa tu aku g time keje sebab ada rombongan kak kiah la kononnya anjuran PUSPANITA opis aku kan. heheheh masa tu aku ngan kawan opis aku kak zaiha.


masa sampai kat parking tu, kita orang semua naik trem (btol ker aku eja nie) yang sewa khas kita orang punya siap tulis VIP ko. ok xnak banyak ngomel. dorang bawak g jalan2 kt kawasan UPM nie. Makkk ooiii besar n luas gler tanahnye. Fisrt tempat kita orang g adalah laman sayur n herba.


korang tengok tu, labu besar gler.. Aku ingat labu tipu, last2 memang betol ooo.. aku siap pegang lagi.




korang tengok sepanjang jalan tu banyak sayur-sayurang yang jenis menjalar. semua tu memang betol ooo.. aku macam nak petik je..pastu yang peliknyer semua besar2 belaka, kene suntik BOTOX ke apa?? huhuhu


gini gupanya pokok buta-buta





aku geram sangat ngan salad nie.. segar wei macam nak NGAPPP kat situ jer.. fresh oo just gne teknik pakai air jer.

pastu aku ngan member masuk ler pertandingan meneka bijih benih sayur sayuran (sorry gambar tu xda). ada 12 biji benih ko. bayangkan aku bukan petani n aku tahu semua tu, mana taknyer bapak aku ske kumpul biji benih sayur-sayuran kat umah untuk ditanam then time tu aku tahu nama biji benih tu semua. tapi time tu aku salah 2 je kot. so hanya dapat saguhati jew kuikuikuikui.


nie sarang lebah apa entah.. yang pastinya jenis lebah yang kocik2 tu. Pakcik tu suruh aku try sedut madu lebah tu, tapi aku xmo. takut kot. huhuhu pastu kak zaiha jugak yang g sedut. dia kata rasanya manis2 pahit.

So ini jelah pengalaman aku g MAHA (time nak habis baru nak g heheh), nie merupakan first time kot aku g pesta nie. kalo tahun depan ada lagi, aku nak g ngan family terutamanya ayah aku tu. apa-apa pon best kot.

p/s: sorry la gambar semua nampak blur je smuanyer  sebab pakai kamera hp je kot. Alkisahnya aku bawak kamera, mmg dah lama tak pakai kot masa buka bateri penuh, dan2 nak ambik gambar TUP!! bateri habis. pergghhh bengang gler. so ini jelah gambar yang ADO.

Selasa, 4 Disember 2012

Majlis Perpisahan Bos ngan Memberku

Assalamualaikum.. baca tajuk pon dah tahu kan pasal apa hehehehe.. minggu lepas ada la buat sikit sambutan majlis perpisahan bos sempena naik pangkat dan member aku pindah g johor ikut suami dia. huhuhuhu  dorang nie sama-sama best n sporting gler ar..



nie la bos aku selama 3 tahun, walaupun 3 tahun ngan dia, aku tak berapa mesra sangat seperti pekerja lain ngan bos dia. bukan malu tapi segan. yang pakai kot tu bos besar. bos aku ni naik pangkat sama taraf ngan bos besar. heheheh.


nie la member aku.. kecik jer orangnya. tengok tu hadiah besar ooo... hehehehhe apa2 pon selamat maju jaya yer kak ita, jangan lupa daku disini.. :(

 

pada hari tersebut, kami semua makan nasi arab. fisrt time kot aku baru makan. biasa jer n tak de samting spesel. dari pandangan aku la cuma nasi dia panjang2 n ayam dia besar n tawak. hehehhe aku kalo tak pedas memang tak jalan ar. heheh aku bawak balik n bagi ayah aku makan huhuhuhu

ok la.. tutup entry nie.. apa-apa pon Selamat Maju Jaya aku ucapkan kat my bos n my frenz yer.