Jumaat, 10 Jun 2011

Jom Make-Up

Salam semua... huih semalam beli celak baru hehehe. semalam pas aku besihkan muka. tetiber jer nak mekap n conteng2 muka nie... aku nie xda la kelulusan untuk belajar mekap. aku hanya tengok2 pastu aku cuba. mekap simple jer. aku mula pakai mekap time umur 19 tahun kot (dh lupa). sebelum nie, adik aku la dh expert pakai mekap. so aku ikut dia jelah.. panduan aku hanya tengok buku n gambar sahaja.

Bahan-bahan (macam nak masak la plak):
  1. Pelembap muka (aku gune hazeline)
  2. Foundation (aku guna jenama Mustika Ratu)
  3. Compact Powder (aku guna bedak Miyami)
  4. Celak mata n Kening
  5. Berus kening
  6. Pemerah pipi
  7. Lipstik Merah Jambu
  8. Eye Shadow
  9. Maskara
Cara-Caranya :
  1. Mula2 pastikan muka tu bersih dari kekotoran, pastu pakai la sapu Pelembab muka kat seluruh wajah agar wajah nampak segar.
  2. Pastu pakai la Foundation ke seluruh muka secara kebawah dan pastikan sekata (Jangan Guna Tangan tapi guna berus atau span).
  3. Dah siap untuk semua kat atas tu. anda kena la pakai Compact Powder kat seluruh wajah.
  4. Pastu Time nak conteng muka lak.. heheheheheeh kita lukis kening yer. masing2 ada bentuk kening tersendiri. tak yah nak cukur2. janji pandai membentuk. nie aku sediakan gambar
 
Mula-Mula aku lukis dahulu dan hanya buat garisan atas n bawah je,
 
Pastu guna berus kening untuk memperkemaskan kening tu. Aku guna warna Coklat. Kata orang guna warna hitam nampak Garang heheh pastu aku nak kening tu nampak natural je.. tak gitu??
Nie la hasilnya... tada!!! nampak macam kita cukur kening kan. hehheheh
 Patu pakai la eyeshadow yer kat kelopak mata macam aku wat tu.. Oleh kerana aku suka pakai warna biru, so aku pilih la warna biru n kontra ngan pink kaler ma.. oh lupa, kalo nampak cantik, sebelum pakai eyeshadow tu pakai la warna putih kat seluruh kelopak mata tu. Dah siap untuk semua tu baru la pakai Eyeliner yer. pastu pakai la Maskara bagi nampak bulu mata tu lebat yer. heheh nak pakai bulu mata palsu xreti. hehehehehe
Nie la hasinya... Tada!!!!!!!!!!! macam mana ok tak.. nie simple jer. heheheh pastu aku pakai la pemerah pipi n lipstik. dah selesai sudah..
Nie la hasil keseluruhannya.. Amacam ok tak.. heheh Cantik tak?? nie simple jer. time nie la macam2 nak posing2.. hehehe gambar nie jer boleh bagi masuk yang lain xleh la... Ok

PERINGATAN!!!!!!!! pas mekap jangan lupa cuci jangan nak melawa plak time nak tido sat g tumbuh jerawat kang.

SELAMAT MENCUBA YER!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan