Selasa, 31 Januari 2012

Petua Menghilangkan Tumit Pecah

semua orang inginkan kaki cantik. kalo dah berkudis n tumit pecah mesti xcantikkan. hmm sama la ngan tumit kaki aku yang dah mula nak pecah nie. hmmm sangat la buruk heheheheh

PUNCA TUMIT KAKI PECAH
  • berdiri terlalu lama
  • kulit kaki kering
  • berat badan berlebihan (kiranya kaki xdapat nak menampung la)
  • memakai kasut yang ketat
  • abaikan kebersihan kaki
  • kene kulat air
  • memakai sandal
sapa la nak kan kalo tumit kaki xcantikkan. kat sini ada petua la. nie pon cari info kat google. aku paling ske cara traditional. antaranya :




1. cara pertama menggunakan asam gelugur
  • mula2 isikan besen atau baldi dengan air suam
  • pastu masukkan beberapa asam keping tu
  • rendam la kakimu tu selama 30 minit
  • amalkan setiap hari sampai tumit kaki yang pecah tu beransuhr pulih. 
2. gosok tumit kaki kamu dengan menggunakan batu pengasah sehingga nampak perubahan kat tumit tu.

3. geselkan tapak kaki pada rumput yang berembun pada waktu pagi. amalkan selalu sehingga nampak perubahan

4. ambil sebiji limau nipis, pastu hiris dan kemudian gosokkan kat tumit kaki setiap pagi sebelum mandi

** Petua-petua kat atas nie perlu dilakukan secara konsisten, jangan mula-mula jer rajin pastu hari kedua dah xbuat. heheh (macam aku jgk). ok selamat mencuba**

Kebaikan & Keburukan HIGH HEELS..

trends sekarang ramai yang suker pakai kasut tinggi.. nak2 plak remaja sekarang. macam2 jenis fesyen dan design kasut tau. search kat google, macam2 jenis kasut yang aku jumpa tau.


nie antara kasut tinggi warna pink. aku cari kat google jer.. ni ha kebaikan dan keburukan pakai kasut tinggi:

KEBAIKAN KASUT TINGGI
  • nampak lebih tinggi la
  • terasa kompident je lebih
  • jalan teratur (kalo sapa yg biasa pakai la)
  • nampak seski (mcm2 fesyen kasut)
  • boleh tarik perhatian (ko ada??)

KEBURUKAN KASUT TINGGI
  • boleh menyebabkan radang pada ibu jari kaki, kerosakan pada tulang kaki
  • menjejaskan peluang dapat anak
  • punca rambut gugur
  • menyebabkan sakit leher, lutut, sendi, tulang belakang
  • memberi kesan kepada organ dalam dan kesuburan wanita


ha nie kasut yang aku nampak kat google td.. pergh bayangkan la kalo ada kasut macam nie. macam mana nak pakai nyah oii?? boleh jalan ker... huhuhu peredaran zaman sekarang..


nie memang betol2 punyer la kan.. cipta sejarah tu dalam "GUINNESS WORLD RECORD". kasut tinggi dalam 16 inci tuhh sengal jerk. pergh tak sanggup aku nak memakainya.

aku nie tinggi dan tak perlu pakai. dan sesiapa yang rendah sikit tu xyah la kecil hati. korang suker tinggi sebab korang rendah. aku suker rendah sebab aku tinggi.. so xda bezanya. bersyukur jelah. huhuhuh

Pagi Selasa


UUhhhhh pagi selasa dah hujan.. waktu g keje plak tu. jalan jem. bas plak buat hal datang xtepat pada waktunya. Disebabkan perkara ini juga aku telah TERRRrRLLLAaaaammmMMbbbbaaatttt masuk keje.. bayangkan la aku masuk keje pkol 7.30 tapi aku sampai opis pkol 8.15 pagi?? aiiyyoo.. apa sudah jadi. tapi bukan disengajakan pon.


Orang-orang dulu kata la kan.. kalo hujan jer katak yang panggil. kesian katak tu dipersalahkan.. UUrrmm dah lama juga yer aku xdengar bunyi katak time hujan. heheheh

apa-apa pon kita sebagai orang islam. hujan itu adalah rahmat. bersyukur dan sentiasa bersyukur. Ok.. pagi td uols-uols sarapan apa yer time sejuk2 nie??


aku sarapan tu jer.. TEH O panas ngan biskut kegemaran aku tu. sedap n mengenyangkan. pagi2 tak boleh makan berat2 sangat sebab badan aku nie dah la berat kang campor makanan yang berat, maka bertambah geeeemmmmookkk ler jawabnyer.. heheh   DONE....

Jumaat, 20 Januari 2012

Cuti Tahun Baru Cina

hari ini merupakan hari last keje yer.. haaaaa jangan pikir lain k, bukan sebab dah nak berhenti keje tapi sebab nak cuti tahun baru cina.. cuti selama 2 hari. ehh bukan la, 4 hari jer termasuk sabtu and ahad. hmmm tapi member aku nie dapat cuti seminggu owww... best gler.

Alahai sunyi plak opis nie. mana xnyer, dorunk ambik kesempatan nie untuk balik kampung. member2 pon nanti nak balik.bestnya ada kampung.. (xyah la nak sedih cik nanie oii) heheeh

time nie teringat plak kat bos lama aku. time tahun baru cina dia akan bagi 1 kotak limau and yang paling seronok sekali ANGPAU.. bestnya, bukan dapat skit tau. dapat banyak heheheheheh. ker aku kene jumpa bos aku kat tempat keje tuntut angpau ngan dia ?? (muka tak malu)

ok lah tak mau membebel la.. sapa2 yang balik kampung ni hati2 la yer.. jangan main redah jer. rancang la perjalanan.. untuk kaum Cina. saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Tahun nie tahun naga. nanie ular. korang tahun apa plak??

Sumber : google

Khamis, 19 Januari 2012

Dah dapat duit Syiling Baru

Salam.. di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 heheheh.. nie pon dh nak masuk bulan 2. lambat sng nk update blogs nie..

****

Ok xnak cerita banyak la kan.. sapa2 kat sini dh dapat duit syiling yang baru tu?? (sila angkat tangan macam kanak2 tadika please heheheh). nie contoh duit syiling tu yer..

***


maaf la yer gambar xbaper nampak gold hehhe.. aku dapat duit nie pon masa beli roti kat stesen Minyak Petronas. heheheh punya la ekcited aku nampak duit baru tu.. emmm ringan sungguh la duit tu mcm token permainan jer. pastu kecik sikit drpd duit 20 sen dulu. huhuhu

Apa-apa pon aku rasa best sangat sebab dapat duit baru tu.. huhuhu nombor pon agak cantik plak. 20 sen + 2012 = 202012 heheheh..

* TAMAT*