Isnin, 30 Julai 2012

Demam Time Pose Tak sYok!!

salam Ramadhan ke -10 huhuhu.. kali nie haku Demam time pose. sungguh menyiksakan. kejadian ini berlaku pada ahad iaitu hari kedua Ramadhan aku dh sakit badan n tak larat bangun, then isnin terpaksa cuti la. pastu Demam nie datang balik hari khamis kat tempat keje, aku terasa perot sakit dan Ohhh tidak aku cirit-birit pastu tak semena2 aku menggigil kesejukan. nasib dah nak balik. (dalam hati apahal aku jadi macam nie)

masa time balik keje nasib la xtumbang kat mana2 sebab aku tahan then sampai umah aku baring je n tetiber je bahagian belakang aku sakit sangat2 n badan aku panas gler sampai mak aku pegang pon kata panas sangat. tapi aku kuat jugak pose. bayangkan la demam n setiap masa  ulang-alik g tandas sebab nak membuang n muntah2. pergghhh SERIK


pastu tekak plak sakit sebab batuk2 sampai sekarang nie. paling sakit hati tido xlena sbb batuk, segala minyak panas aku sapu kat leher tapi sama jugak. lidah plak ada macam bentuk peta plak warna putih n mak aku kata panas dalam. huhuhu

tapi paling seronok time demam nie aku kan tak lalu nak makan pastu banyak membuang.. berat ada turun sikit la dalam 3-4 kg cam tu hehehe tapi sementara je kot sebab ble dah semboh aku tibai je semua makanan yang ado!! hehehehheheh (semoga sehat tekakku)


Rabu, 25 Julai 2012

Ramadhan Ke-5

Assalamualaikum.. selamat berpose yer. sedar tak sedar dah masuk hari ke-5 kita berpuasa. Alhamdulillah segala nikmat yang diberikan dan diberinya kesempatan untuk berpuasa pada bulan ramadhan kini.


semalam ada la baca surat khabar then jumpa la artikel nie. sapa yang belom beli barang raya lagi meh le datang. karnival nie sebelah opis aku jer. jap gi tengok la ramai yang g sana sebab HARI INI GAJI. tapi kene berhemat ler. kang kering poket tu.. huhuhuhu

ini jer yang aku nak berceloteh. tak leh nak cakap banyak-banyak penat huhuhu

Khamis, 12 Julai 2012

Aiskrim Goreng

Assalamualaikum... sapa pernah makan aiskrim goreng angkat tangan!!!! heheh aku tak pernah lagi. tapi semalam fisrt time aku rasa. sedap jugak. aku try buat sebdiri. dengar citer aiskrim goreng nie mahal la jugak dalam RM2 kot sebiji. perghhhhh cepat kayo kalo macam tu.

Bahan- bahan (2 biji jer)

4 Keping Roti Buku ( aku gune roti Massimo Germa Gandum)
Aiskrim Nestle perisa Coklat
Cawan (Untuk Tekap jer)
Minyak masak (untuk goreng)

Cara-Cara:

1. Ambik sekeping roti pastu letak aiskrim kat atasnya (aku letak dalam 2 sudu makan)

2. pastu ambik lagi sekeping roti tu untuk tutup kat atasnya.

3. pastu tekap roti tu guna cawan sampai jadi macam nie


4. bler dah jadi macam nie, g masukkan kat peti sejuk tempat yang beku tau. untuk bagi keras la. heheheh (aku biarkan semalaman untuk betol2 keras)

5. pastu panaskan minyak (minyak kene betol2 panas baru goreng)
6. Goreng sekejap jer. xsalah aku la kan hanya dalam 5-10 saat jer dah kuning. huhuhu

Nie la hasilnyer:



amacam?? ok tak?? heheh yang paling best tu aiskrim kat dalam tu padat sebab aku letak aiskrim tu banyak2. hehehe. cubalah kawan2 semua sebab SEEDDDDAAPP sangat rasa garing n dont worry minyak xserap kat roti pon. adikku Aishah menyuruhku untuk buat banyak sikit.. baiklah lain kali yer.

SELAMAT MENCUBA YER

Isnin, 9 Julai 2012

Kesian Terjatuh

salam semua... pagi td boring sesangat n then baca la surat khabar, selamber jer time keje baca surat khabar. xpelah xganggu keje n xda keje pon. hari isnin katakan macam KEMALASAN tu macam meninggi jer heheheh... pastu ada satu artikel yang aku??/


kalo korang tengok betol2 la gambar tu apa yang terjadi ?? kenapa dia jatuh??? dorang masuk pertandingan apa?? (heheeh macam soalan apa entah). kejadian diatas ialah sorang perempuan terjatuh GEEDdddeeeeBBUUUKkkkk!!!!!!!!!!!!! dalam upacara larian menggunakan KASUT TINGGI!!! Kasut tinggi ok.. sapa la yang ajar berlari guna kasut tinggi?? setahu aku time sekolah PJK (pendidikan jasmani dan kesihatan) xda la time sukan guna kasut tinggi. dorang nie xrisau tentang keselamatan.. BTW... ketiga2 dorang tu berlari dah nak sampai ke garisan penamat.

korang rasa sakit tak perempuan tu jatuh macam tu??? ada luka x?? hahahhahaha

Jumaat, 6 Julai 2012

PC Fair kat KLCC

salam... sapa pernah pergi PC FAIR?? aku pernah la tapi entah berapa tahun yang lepas la. huhuhu time tu aku g yang kat KLCC. Perggghhh ramai n sesak sesangat la. macam2 bunyi korang boleh dengar. sampai korang akan rasa sakit telinga. barang2 yang dijual agak murah sikit la kot..

Sumber : PIKOM CMS Portal

perkara yang paling syoknyer adalah 13-15 Julai ni kat KLCC. peergh boleh la sapa2 nak borong macam2 barang kat sini (kalo banyak duit). aku rasa macam nak pergi jer sebab ada samting nk beli. pendrive pon dah penuh. huhuhuhu.

P/S : jangan berboros pada bulan nie kerana dh nak puasa n nak sambut raya kang xda duit plak. kang terpaksa makan kuih raya alatan komputer heheheh