Khamis, 27 Oktober 2011

Kuar Ngan Member

tajuk kali ini keluar ngan member.. semalam aku kuar ngan member aku la masa STPM dulu. kita orang sebenarnya merancang nka g mandi manda la kat tepian sungai. cewahhhhhhh tepian sungai katakan. tapi rancang, hanya tinggal rancang, janji hanya tinggal janji. semaunya manis2 belaka. tapi yang kuar hanya 3 Orang sahaja. Aku, Shaz n jula sahaja!!! aik dalam banyak2 nie je yang kuar.

sebenarnya nak kuar dalam 4 orang. yang sorang lagi tu etone, last minit xdapat nak ikut. tapi xpe la.. dh family dia suruh ikut g segamat johor plak. xpe2 janji kami bertiga heppy. kesian ko atone. heheh jangan marah ye.

kami xkuar g jauh2 sebab xda kenderaan sendiri. kami banyak naik tren jer. mula2 aku datang naik bas n turun kat AMPANG PARK. kat sana la kami berkumpul. kawan aku shaz tu dok JELATEK. pastu jula dari KAMPUNG PANDAN n bersatu hati jumpa kat AMPANG PARK tu la. pastu kami naik tren LRT PUTRA turun kat KL SENTRAL. pastu naik KTM KOMUTER (lambat sikit la.. huh penat nak tunggu) terus g MID VALLEY. jalan2 sampai la kaki penat.

nie antara gambar kami kuar bersama2:-

time ni kami tunggu tren PUTRA. kawan aku yang baju purple tu malu2.. hheheh

maaf agak kabur sikit la.. biasa tangan bergetar. kamera xlah secanggih mana pon. huhuhuh

see aku posing ngan mulut kembung.. lelaki cina kat sebelah aku nie tengok2 jer.. sibok jer.. hehehehe

gambar aku ngan shaz.. nak ambik gambar ngan dia nie agak suah la. dia malu2 plak.. hhhmmmmmm

aikk... gambar kamibertiga lagi. time nie ngah tunggu KTM yang lama. nie la first time aku naik KTM. tren yang lain2 tu aku dh naik.. yang pelik first tren pertama kuar aku xnaik lagi.. huhuhuhu

hah... cantik x cincin kami bertiga.. harap2 atone xcemburu. nie cincin kami bertiga. nie sebagai kenangan kami bertiga sebab kuar bersama.. time nie nak bayar kat jula, tapi dengan baiknya jula kata xpayah.. heheheh terima kasih jula..

tengok nie.. aku sekarang nie pandai buat muka sengal... heheheh


nie la, malas nak berceloteh panjang. pasni harap2 kita berjupa lagi walaupon jula tu akau selalu jumpa jgk la. hehhehe best gler kalo kuar ngan kawan2 nie. hilang segala stress.

Wayang REAL STEEL

selamat pagi blogers... disini masih ada kesempatan la aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat india di Malaysia. semalam cuti aku g kuar jalan2 ngan kawan aku la. 3 orang jer.. teringin sangat nak tengok wayang. so tengok la..

Nak tengok wayang kat MID VALLEY, beratur panjang la plak. biasa la public holiday.. hehehhehe nak g KLCC pon sama. Last2 aku ngan member pergi kat GALAXY AMPANG. sana xramai n boleh la.. kat sana best tengok wayang.. kalo nak shopping g je kat tingkat bawah ada UO. hehehehe

Cerita real steel nie memang best la. budak tu pon kiut sangat mcm nak gigit2 jer. pastu petah plak berkata-kata

nie la banner kat pawagam.. semalam aku cari xda la plak nampak. nak bergambar pon susah. heheh time nie dia nak lawan ngan robot ZEUS antara robot paling hebat katanya dari jepon

time nie budak ni mandikan ATOM. dia jumpa robot nie kat tempat barangan robot la.. budak ni jatuh time kat tepi tebing. pastu dia terselamat  sbb dia tersangkut kat tangan robot tu.  pastu ayah dia datang n selamatkan dia la. tapi bdk nie kata  ada robot kat bawah timbunan pasir tu n dia pon berusaha untuk mengorek menggunakan tangan. last2 robot tu jugak la yang paling power

Time nie best gler dia nak lawan, tapi sempat lagi dia buat persembahan. smart gler lagu dalam cerita nie. ATOM pon pandai menari. hehehehe

ok sampai sini jelah aku cerita yer.. nak cerita lebih2 aku bukan pengarah. heheheheh apa2 pon cerita nie memang best la.. ada aksi lucu, sedih n ganas.. kene ngan cita rasa aku.. 17 november nie ada cerita melayu lak. AKU BUKAN TOMBOY gaya mcm best.. emm kita tengok la nnti.

Khamis, 20 Oktober 2011

Makan MC Donald

Adoi.. mentang-mentang la dah gaji, perot ni teringin macam2 plak nak makan yer.. dari hari tu aku teringin nak makan mcdonald. nak beli xda kesempatan la plak.

apa2 pon kalo dah gaji kene settlekan apa2 yang patut mcm duit simpanan n apa2 la patut pastu baru belanja. banyak lagi benda yang aku xbeli lagi. erm masa dh dekat.. eeehhh lari tajuk lak.. ka kalo nak makan mcd, aku ske makan :


1) Double Cheese Burger
Pergghhhh Tengok gambar pon dah terliur.. hmmmmm
2) Big Mac
Waahhh ni lagi sedap, pastu tinggi lak tu.. heheheheh
OK OK OK OK OK sama-sama lap air liur tu sebab anda semua terliur tengok makanan di atas semua nie.. rasa-rsanya esok kot dapatmakan.. huhuhuhuhu nantikan..

Jumaat, 14 Oktober 2011

Kata-Kata Pujangga

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Blogers?? dah sarapan ker?? erm cuaca hari ini cerah.
eh xsedar la hari nie hari jumaat. Pejam celik je dh jumaat. Syukur padamu Ya ALLAH kerana di beri peluang untuk hidup lagi di dunia ini..

ok kita start plak tajuk hari nie, kata-kata pujangga, heheheh bukan kata2 cinta. nie kata pujangga yang aku ske la, adakalanya mengingatkan dan menyedarkan kita sebagai pedoman..

1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam  buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

2) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

3) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

4) Persahabatan adalah perkara yang paling rumit untuk diperjelaskan. Ia bukan dipelajari di sekolah tetapi jika kamu mempelajari erti persahabatan maka kamu sebenarnya tidak mempelajari apa-apa.

5) Tiada manusia yang Berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.

6) “Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.”

7) “Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.”

8) “Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.”

9) “Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.”

10) “Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang.” & “Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra.”

Rabu, 12 Oktober 2011

PerKahwinan Mazita (Kawan Opis)

selamat tengahari blogers...
Tajuk entry nie adalah perkahwinan kawan opis aku. nama dia Mazita. dia ni betol2 duduk kat belakang partition aku, dia ngan aku sama2 masuk opis nie.

ermm pada jumaat 3 minggu lepas la dia dh mula edarkan kad jemputan perkahwinan dia. majlis nie diadakan di segamat, johor. aku pikir macam tak nak pergi sebab macam jauh kan.. tapi disebabkan dia paksa n hanya pikir kawan kan, aku g la jugak bersama geng2 lain la.

kak ita (nama panggilan) cakap, perjalanan g sana hanya 2 jam setengah la.. mmg dekat n senang kalo nak g sana. em memang senang tapi bukan nanie yang bawak tapi suami kawan nanie. huhuhu Terima Kasih Kak zaiha (sebab bg tumpang) hehehe.. kami sampai umah kak ita pada pkol 11.. ish awal gler owh.. orang pon tak sampai lagi nie. hmm xpelah lah. nie antara gambar2 majlis perkahwinan kak ita
haa.. ni lah kak ita... cantikkan?? berubah muka dia ble mekap.. huhuhuh
nie gambar kami bersama rakan yang lain...sampai tertonggeng2 heheheh
nie plak tetamu yang lambat skit sampai dari kami.. yang tengah tu adalah bos kepada pengantin perempuan..
hantaran sireh
hantaran jam tangan
hantaran set wangian
hantaran notebook
hantaran kek (warna hijau tuu)
hantaran kasut
hantaram handbag
hantaran kain pasang
pengantin dah sampai.. ceh ceh ceh
cewah jalan seiringan sambil eratkan tangan.. ngehngehngeh sepadan
uuiihhh siap bersilat lagi..
cantik kak ita..
semoga perkahwinan ini kekal hingga akhir hayat.. harap2 kak ita tabah menghadai ujian yang akan datang. cepat-cepat sikit dapat anak. huhuhu kami semua (kak zaiha dan kak gna)akan doakan yang terbaik. AMINNNNN

Belated Befday Julayati

Huh lama tak tulis entry kat sini.. meh sini aku cerita pasal befday kawan aku nie. nama dia Julayati, dia nie kawan aku dari Form 4 sampai la sekarang. Kita orang nie bleh dikatakan kawan baik la (baik ker? heheh).

hari tu aku ada buat suprise kat dia, dia terkejut la sebab time tu befday dia dh lepas. aku tak sempat nak sambut time betol2 atau tepat2 masa befday dia.. biasa la keje huhu. aku sambut befday dia pada 1 oktober 2011, maaf la hanya kek sahaja yang mampu aku bg (nie pon share2 ngan kawan2 lain) hehehe

sorry la salah wish hari tu yer.. hari tu aku wish ko gne sms pada 22 ogos 2011. tapi dengan selamba ko balas "sejak bila befday aku 22 ogos??" gullppsss salah ker?? sorry salah bulan.. tapi jula (nama panggilan) jawab xpa.. pastu yang peliknya, masa tarikh 22 september 2011 aku tak wish kat dia. malah aku wish dia pada hari sabtu 24 september 2011 (aik dah selang bape hari). tapi kira ok la kan.. nie antara gambar yang aku sempat ambik la..
Nie la keknya.. tengok macam sedap.. tapi tu lah, rasanya mmang sedap tau.. huhu

Nie dia cik jula dengan muncung itiknya.. huhuhu, bleh plak time nie dia kata "dh la baju buruk2 nak ambik gambar" aish xkan la nak bagi tahu pakai baju lawa2 sebab nak ambik gambar befday, kang tak suprise plak!!
ha.. tak lepaskan peluang untuk ambik gambar ngan cik jula kita nie.. hehehehe
ok kawanku.. semoga ko panjang umur n dimurahkan rezeki ya. aku harap apa yang ko impikan akan tercapai. aku akan sentiasa doakan apa yang terbaik untuk kawan2 aku.. Amin