Khamis, 3 Mei 2012

biler Tren Stuck

meh sini Chiks Narniey nak story.. huhuhu semalamkan hujan lebat dari awal tengah hari until sampai aku balik keje. aku macam biasa la biler balik umah naik ERL pstu turun kat Bandar Tasik Selatan (BTS) then ambik LRT Star menuju ke Ampang..Korang tahu apa jadi???

LRT Star tergendala sbb laluan dia dh kene banjir.. PEERRGGGHHHH mati kutu aku dibuatnya. satu2nya kenderaan yang pergi ke Ampang tu. Aku call la abg aku mna tahu la dia boleh ambik aku kat sana.. rupa2nya Haramm hanya tinggal harapan jer. dia ada keje n nak g ke KLANG ambik barang. adoi!!! nasib la.

Apa perasaan korang kalo korang terdengar " Maaf, tren tergendala buat masa ini, sila gunakan alternatif yang lain untuk menuju destinasi anda".. sedihnya ble mendengar. aku tgk orang kat star tu makin kurang jer. apa lagi aku pikir la nak naik apa? pergi mana?? harus ker?? hahahaha..

so aku tgk la nak naik bas, jem plak n mesti sangkut kat pudu. emm xda cara lain la, aku pi naik KTM (Kereta Api Tanah Melayu) untuk ker KL SENTRAL xsalah aku la dalam 4 stesen kot. pastu sampai la kat sana. aku pi ambik LRT PUTRA (tren ni lalu kat bawah tanah n atas jer) heheh aku turun kat AMPANG PARK (shopping yang dh lama) hehehe untuk naik bas ke ampang.

nasib la laluan ke bandar tun razak n bulatan kg pandan jer yang jem. ke Ampang??? tidak yer.. huhu tapi bas punyalah penuh seh macam IKAN SARDIN kene sumbat padat2. hahahh. tapi apa-apa pon nasib la aku dapat bas yang xbape ramai n dapat duduk. kalo tidak penat seh.. berdiri kot sepanjang naik tren. hehee pastu aga2 dalam pkol 8 kot aku sampai umah. yang paling syok mak aku dah stanbykan makanan untuk aku. yyyeeeeyyy seronok.. walaupon pening n tension pasal balik keje tadi.

Kesimpulannya, gunalah kenderaan awam untuk memudahkan perjalanan anda.. hahahah sengal jerk.!! pastu cuci mata sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan