Khamis, 21 Jun 2012

Bulan Syaaban

Assalamualaikum.. sedar tak sedar dah masuk bulan Syaaban. wah!!! tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. huhuhuhu

Sumber : Google
Erti Syaaban : bermaksud berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

"Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas bulan Rejab yang penuh dengan keberkatan. sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa"

Kelebihan Amanalan di bulan Syaaban:

  • Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.
  • Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.

  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala  70 orang nabi-nabi, pahal beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid.

  • Kelebihan malam nisfu Syaaban puala ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al-Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
 p/s: Oleh itu marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah selagi kita masih hidup di dunia yang sementara nie.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan