Jumaat, 14 Oktober 2011

Kata-Kata Pujangga

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Blogers?? dah sarapan ker?? erm cuaca hari ini cerah.
eh xsedar la hari nie hari jumaat. Pejam celik je dh jumaat. Syukur padamu Ya ALLAH kerana di beri peluang untuk hidup lagi di dunia ini..

ok kita start plak tajuk hari nie, kata-kata pujangga, heheheh bukan kata2 cinta. nie kata pujangga yang aku ske la, adakalanya mengingatkan dan menyedarkan kita sebagai pedoman..

1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam  buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

2) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

3) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

4) Persahabatan adalah perkara yang paling rumit untuk diperjelaskan. Ia bukan dipelajari di sekolah tetapi jika kamu mempelajari erti persahabatan maka kamu sebenarnya tidak mempelajari apa-apa.

5) Tiada manusia yang Berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.

6) “Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.”

7) “Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.”

8) “Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.”

9) “Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.”

10) “Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang.” & “Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan