Khamis, 27 Oktober 2011

Wayang REAL STEEL

selamat pagi blogers... disini masih ada kesempatan la aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat india di Malaysia. semalam cuti aku g kuar jalan2 ngan kawan aku la. 3 orang jer.. teringin sangat nak tengok wayang. so tengok la..

Nak tengok wayang kat MID VALLEY, beratur panjang la plak. biasa la public holiday.. hehehhehe nak g KLCC pon sama. Last2 aku ngan member pergi kat GALAXY AMPANG. sana xramai n boleh la.. kat sana best tengok wayang.. kalo nak shopping g je kat tingkat bawah ada UO. hehehehe

Cerita real steel nie memang best la. budak tu pon kiut sangat mcm nak gigit2 jer. pastu petah plak berkata-kata

nie la banner kat pawagam.. semalam aku cari xda la plak nampak. nak bergambar pon susah. heheh time nie dia nak lawan ngan robot ZEUS antara robot paling hebat katanya dari jepon

time nie budak ni mandikan ATOM. dia jumpa robot nie kat tempat barangan robot la.. budak ni jatuh time kat tepi tebing. pastu dia terselamat  sbb dia tersangkut kat tangan robot tu.  pastu ayah dia datang n selamatkan dia la. tapi bdk nie kata  ada robot kat bawah timbunan pasir tu n dia pon berusaha untuk mengorek menggunakan tangan. last2 robot tu jugak la yang paling power

Time nie best gler dia nak lawan, tapi sempat lagi dia buat persembahan. smart gler lagu dalam cerita nie. ATOM pon pandai menari. hehehehe

ok sampai sini jelah aku cerita yer.. nak cerita lebih2 aku bukan pengarah. heheheheh apa2 pon cerita nie memang best la.. ada aksi lucu, sedih n ganas.. kene ngan cita rasa aku.. 17 november nie ada cerita melayu lak. AKU BUKAN TOMBOY gaya mcm best.. emm kita tengok la nnti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan